Rabu, 28 Mei 2014

Latar Belakang Syarikat

"AF Wallet" diasaskan oleh Mohd Arif Faisal Mohd Shokri. Semasa beliau remaja, beliau telah bersepakat dengan bapanya iaitu Mohd Shokri untuk membina tempat pembiakan burung Wallet untuk mendapatkan sarang burung Wallet yang mempunyai khasiat tersebut hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang. Setelah berpuas hati dengan hasil, Arif dan Bapanya telah menambah tempat pembiakan sarang burung Walet. Kali ini Kegiatan mereka lebih bersungguh-sungguh sehingga bercadang untuk membuka syarikat sendiri iaitu AF Wallet.

Perniagaan AF Wallet telah ditubuhkan sejak tahun 2009 di Besut, Terengganu. Perniagaan yang ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan Kesihatan segera. Perniagaan yang dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan AF Wallet telah mencapai peningkatan aset kepada RM 300 000. Selepas 3 tahun, AF Wallet terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam atau luar negara.

Business card