"AF
Wallet" diasaskan oleh Mohd Arif Faisal Mohd Shokri. Semasa beliau remaja,
beliau telah bersepakat dengan bapanya iaitu Mohd Shokri untuk membina tempat
pembiakan burung Wallet untuk mendapatkan sarang burung Wallet yang mempunyai khasiat
tersebut hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang. Setelah berpuas hati
dengan hasil, Arif dan Bapanya telah menambah tempat pembiakan sarang burung
Walet. Kali ini Kegiatan mereka lebih bersungguh-sungguh sehingga bercadang
untuk membuka syarikat sendiri iaitu AF Wallet.
Perniagaan
AF Wallet telah ditubuhkan sejak tahun 2009 di Besut, Terengganu. Perniagaan
yang ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana
(SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan Kesihatan segera.
Perniagaan yang dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000
dan diuruskan dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan AF Wallet telah
mencapai peningkatan aset kepada RM 300 000. Selepas 3 tahun, AF Wallet terus
berusaha menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak
sama ada dari dalam atau luar negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan